Monday, September 06, 2010
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

SEJARAH RINGKAS

Pasukan Pancaragam SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (Tun Syed Band) Bukit Mertajam, Pulau Pinang dtubuhkan pada tahun 1974.

Namun begitu pasukan ini dibubarkan pada tahun 1997 dan kemudianya ditubuhkan kembali oleh Mustaqim Abdullah dan rakan-rakannya pada tahun 2000.

Pada awal penubuhannya, pasukan ini hanya disertai seramai 20 orang ahli dan hanya dilengkapi dengan bilangan alatan yang sedikit.Namun dengan inisiatif guru dan sokongan dari pihak sekolah, pasukan ini mula berkembang dan mampu meletakkan status mereka di satu tahap yang membanggakan.

Di bawah pimpinan beberapa orang guru sebelum ini, kini pasukan yang dibimbing oleh En. Suhaimee B Ahmad akan terus maju di masa-masa akan datang.

Dengan bilangan ahli yang mencecah 70-80 setiap tahun, pasukan ini dengan bangganya dapat mempersembahkan kelebihan mereka. Pasukan ini mempunyai 3 set uniform yang terdiri daripada 1 Marching uniform (merah+hitam) & 2 Concert Wear (kemeja putih+bow hitam, jaket hitam). Mempunyai pelbagai jenis alat yang terdiri daripada Woodwinds, Brass & Percussion khas untuk digunakan untuk ahli-ahli pasukan ini.

 

Kejayaan

Kejayaan Pertandingan Wind Orchestra SBP & Cluster

  • 2001: Anugerah Perak
  • 2002: Anugerah Perak
  • 2003: Anugerah Perak
  • 2004: Anugerah Emas & Final
  • 2005: Anugerah Emas & Final
  • 2006: Anugerah Emas
  • 2007: Anugerah Perak
  • 2008: Anugerah Perak
  • 2009: Anugerah Gangsa
  • 2010: Naib Juara & Anugerah Emas Divisyen 2

Kejayaan Pertandingan Pancaragam Negeri Pulau Pinang

  • 2006: Anugerah Perak
  • 2007: Anugerah Perak

Kejayaan Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang

  • 2005: Ke-2 & Pakaian Terbaik

Kejayaan Pertandingan Concert Band Negeri Pulau Pinang

  • 2010: Anugerah Emas

 

Kindly contact This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it for the content update

Login Form