Sebuah program realiti terbaharu RTM berkonsepkan persembahan Flashmob Orkestra. Konsep ini merupakan yang pertama seumpamanya disiarkan di kaca TV sebagai program realiti di Malaysia.
idea & konsep asal dari Bahagian Perhubungan Raya RTM (BPR/Corp.Comm RTM), realiti TV ini di cipta bersempena sambutan ulangtahun 'Gemilang 50' Orkestra RTM dengan penglibatan beberapa buah orkestra sekolah terbaik Malaysia.
Flashmob merupakan sebuah persembahan secara spontan/ persembahan pelik di khalayak ramai. Sebagai memenuhi kehendak konsep Flashmob, kami menambah cabaran buat pemuzik-pemuzik cilik ini dengan penglibatan artis popular tanahair dalam persembahan flashmob mereka yang sememangnya diakui sukar bagi pemuzik berusia 13-18 tahun ini.
Program ini sepenuhnya di rakam dengan kualiti HD untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah cabaran yang ditempuhi mereka bagi persembahan setiap minggu...jgn lupa untuk menonton REFLEKSI ORKESTRA!!